17 Julai 2008

ANUGERAH CEMERLANG 2008



Majlis Anugerah Cemerlang Pendidikan Khas telah diadakan pada 3 Julai 2008 di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda. Majlis Anugerah ini diadakan sebagai penghargaan dan motivasi kepada semua warga Pendidikan Khas yang cemerlang di dalam kategori masing-masing.
Seorang murid dari SK Jalan Air Panas telah terpilih untuk menerima hadiah di Majlis Anugerah tersebut. Murid tersebut ialah Mohd. Jaimie b. Shamsuddin menerima Anugerah Murid Cemerlang Sukan Pemulihan Khas.