23 Oktober 2008

AKTIVITI MURID





Aktiviti 1
Murid mencuba menyelesaikan soalan matematik
di papan tulis sebelum menyiapkan latihan
selanjutnya di buku latihan atau di lembaran kerja.



Aktiviti 2
Murid menjalankan aktiviti selepas satu-satu
pengajaran . Aktiviti di atas ialah permainan domino.
Permainan ini memerlukan murid mencari perkataan
yang padan dengan gambar yang di sebelah.

Aktiviti 3
Murid membaca, membuat aktiviti dan latihan
dengan bantuan komputer. Perisian yang digunakan
ialah:-
1. KACEMM
2. MUTIARA
3. EBUDI
Terdapat juga bahan-bahan yang dibina oleh guru
mengikut kemahiran dan keperluan murid.


Aktiviti 4
Pemberian token yang dijalankan sepanjang tahun
bertujuan memberi motivasi kepada murid agar
terus berusaha meningkatkan prestasi diri dengan
mengikut peraturan yang disediakan.